Ahad, Jun 20, 2010

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.; Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya: 1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia. 2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu. 3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.. Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yg haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya: 1) Merahsiakan ibadahnya. 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yg menimpanya. Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Tiada ulasan: